Showing posts with label Training. Show all posts
Showing posts with label Training. Show all posts

Thursday, 10 November 2016

Pengurusan Muallaf - Revert Care & Answering Misconception (12 - 13 Nov 2016)

Assalamualaikum, Pada hujung minggu ini akan diadakan satu kursus bertajuk 'Revert Care & Answering Misconception yang akan disampaikan oleh Saudara Lim Jooi Soon.

Berikut adalah poster program berkenaan.
  • 12 - 13 Nov 2016 (Sabtu&Ahad) 
  • 8 pagi - 5 petang
  • Di Pejabat HCPP, Sg Nibong ( https://goo.gl/maps/sREgKP75qFR2)
    Dikendalikan dalam Bahasa Melayu
  • Terbuka kepada Semua Yang Mengajar/Membimbing Muallaf :wink:  
  • Segera daftar kehadiran anda ke 013 403 2187. Yuran adalah percuma.
  • Makan pagi &tengahari disediakan
Revert Care & Answering Misconception Pada 12 - 13 Nov 2016

Friday, 7 October 2016

Kursus Pengurusan Muallaf (Fardu Ain) [8-9 Okt 2016]

Assalamualaikum,

Nak belajar skil untuk membuktikan Islam milik Allah dan Al-Quran kalam Allah? Jom sertai Kursus Pengurusan Muallaf demi pemantapan ilmu untuk jadi seorang Khalifah Allah dan bekalan untuk membimbing anak2 sendiri serta golongan muallaf yang ada potensi untuk murtad.


Ayat yang paling utama yang akan disebut oleh Bro Lim dalam kursus ni adalah:
Keterangan wujud apabila lenyapnya keraguan - THE TRUTH APPEARS IN THE ABSENCE OF DOUBTS.

Kita akan belajar cara pembuktian untuk kuatkan iman kita dan pemahaman agama kita supaya keluar daripada pengamalan agama cara warisan (zon selesa kita).

Friday, 19 August 2016

Seminar DDMM Fasa 1 (24 - 25 Sep 2016) - Promosi

Adakah anda tinggal di kawasan masyarakat berbilang bangsa? Sudah pasti YA sebab kita tinggal di Pulau Pinang. Jadi, jom ketahui dengan lebih jelas tentang mereka supaya kita dapat hidup dengan lebih harmoni.

Adakah anda tahu bagaimana hendak menjawab soalan jika ditanya bertubi-tubi tentang Islam? Adakah anda betul2 yakin untuk 'mempersembahkan' Islam kepada masyarakat? Jika anda masih ragu-ragu, maka Seminar ini adalah yang patut anda hadir!

Daftar nama anda sekarang. Tempat adalah terhad.


Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) Fasa 1 

Tarikh : 24 - 25 September 2016 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : USM Pulau Pinang
PENCERAMAH: Khaw Lek Ming, Kamarul Zaman, Wan Am, & Jaysuman.



Saturday, 5 December 2015

Kursus Faith Booster Fasa 1 (12 - 13 Dis 2015) - Promosi

Ramai yang bertanya apakah sebenarnya "Faith Booster" ni? Nak tahu kenalah hadir... tapi kami boleh ringkaskan objektif "Faith Booster" di sini.
Antaranya ialah :

  1. Memberi pencerahan dan penjelasan tentang ilmu asas mengenai kepercayaan dan amalan masyarakat-masyarakat bukan Islam di Malaysia.
  2. Menimbulkan kesedaran dan semangat untuk menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di tempat masing-masing.
  3. Mendedahkan teknik dan kaedah asas dakwah serta jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan dakwah seterusnya ada keyakinan diri untuk berdakwah.
  4. Bergiat aktif dan membentuk satu pasukan dakwah yang efisyen di daerah bagi merancang serta melaksanakan program-program dakwah kepada Non-Muslim.
Bertuahnya anda hanya perlu membayar RM 30 (bagi pelajar) dan RM 50 (selain pelajar) sebagai yuran program selama dua hari..
Berminat? ikuti langkah-langkah berikut:

Friday, 14 September 2012

Ceramah Khas : Kehebatan Nabi Muhammad (14 Sep 2012) & IDT Fasa 1 (15 - 16 Sep 2012)

Aktiviti serentak serata penang. Rugilah orang penang yg tak mengambil peluang... check it out!

UPDATE pada 14 SEP 2012
Khutbah Jumaat Dr Danial: Masjid Jelutong

CERAMAH MAGHRIB 14 SEP 2012
1) Lim Jooi Soon: Kehebatan Nabi Muhammad SAW msjd al-huda, Sg Ara
2) Firdaus Wong Wai Hung: ISLAM AGAMAKU,Surau Al Falah Medan Maju, Tmn Hj Abdullah Fahim,Kepala Batas
3 & 4) Amin Yaacob: Perbandingan Rukun Iman, Masjid Kampung Baru, Ayer Itam Lim Shi Jun: Perjalanan ke Islam, Masjid Kampung Baru, Ayer Itam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...