Showing posts with label MIPHC. Show all posts
Showing posts with label MIPHC. Show all posts

Wednesday, 24 May 2017

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang (MIPHC 2017)

" Tajaan berbuka puasa untuk Saudara Baru serta sumbangan untuk aktiviti dakwah dan pembangunan Saudara Baru."



Majlis Iftar Hidayah Centre Pulau Pinang kembali lagi buat kali ke8!


Marilah menyumbang  & meraikan Muallaf dan keluarga mereka di majlis berbuka puasa anjuran Hidayah Centre Foundation cawangan Pulau Pinang. Butiran majlis seperti berikut  :


Program: Majlis Iftar Perdana HCFPP  2017

Tarikh : 10 Jun 2017
Masa : 5.00 ptg  - 10.30 mlm
Tempat : Dewan Mutiara , Kompleks Tabung Haji , Bayan Baru Pulau Pinang.

Sukarelawan diperlukan :)

Bagaimana anda boleh membantu?
1. Menjadi sukarelawan Donation Drive dan Muallaf Sharing kami
2. Membantu HCFPP menjual tiket MIPHC
3. Membantu mempromosikan MIPHC kepada masyarakat
4. Menjadi sukarelawan membantu pada hari program kami.

Sebarkan!

Sekiranya anda ingin menempah kerusi / meja atau menaja Muallaf berbuka puasa, sila hubungi nombor yang tertera pada poster di atas.. :)


" Saudara Baru , Amanah Bersama "

Friday, 27 May 2016

MIPHC Kali ke 7 (18 Jun 2016) - Promosi

MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE PULAU PINANG 2016 - KALI KE 7
:one: 
Alhamdulillah, berkat sokongan anda, HCPP telah berjaya mengumpul dana yang mencukupi setiap tahun untuk membolehkan kami menjalankan pelbagai aktiviti dakwah, pengislaman dan sokongan kepada muallaf di sekitar Pulau Pinang.
:two: Pada tahun ini, sekali lagi HCPP akan menganjurkan Majlis Iftar Perdana HC (MIPHC) yang merupakan kali ke-7 MIPHC dan akan diadakan seperti berikut :

Tempat : :schoKompleks Tabung Haji Bayan Lepas
Tarikh : Sabtu, 18hb Jun 2016 (13 Ramadhan 1437)
Masa :5.00 PM to 11.00 PM

Sunday, 14 July 2013

MIPHC Ke 4 (27 Jul 2013) - Promosi

Assalamualaikum,

 Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan izinNya, Hidayah Centre Pulau Pinang sekali lagi akan menganjurkan Majlis Iftar Perdana Pulau Pinang (MIPHC) berjudul “JOURNEY to JANNAH” pada bulan Ramadhan ini. Inilah tahun ke-4 MIPHC akan diadakan di Pulau Pinang. Tahun ini, majlis ini sekali lagi akan diadakan di Komplek Tabung Haji Bayan Lepas pada 27hb Julai 2013, bersamaan 18 Ramadhan 1434 Hijrah. Tujuan utama majlis ini adalah untuk menjana dana untuk membolehkan operasi Hidayah Center dapat dijalankan di Pulau Pinang dengan lancar serta meraikan saudara baru yang telah kembali kepada Islam.



Tuesday, 2 October 2012

MIPHC (5 Ogos 2012) - Keratan akhbar

Assalamualaikum...
Admin HCPP blog just wanna share with you MIPHC 2012 report on Buletin Mutiara tabloid...
do pray that we can organise the same programme next year..istiqamah..:)

Tuesday, 7 August 2012

MIPHC (5 Ogos 2012) - Laporan

Salam,

Alhamdulillah syukur pada Allah Ta'ala program MIPHC-3 PP telah dapat dijayakan dengan lancar.  Terimakasih kepada semua AJK HCPP, urusetia program, AJKN Ikram PP, ahli-ahli IKRAM semua daerah di PP iaitu TL, BD, SPT, SPU dan SPS, semua penyumbang, sukarelawan, barisan penalis, barisan AJK dakwah pusat, darul hidayah serta banyak lagi pihak yang tak tertulis di sini.

Program telah dihadiri oleh hampir 570 orang yang disertai oleh hampir 180 orang muallaf bersama keluarga.  Rakan NGO iaitu Institut IQ serta Kelab Kakitangan Hospital.  Meja-meja penuh dan terpaksa ditambah di saat-saat terakhir.  Permintaan untuk ikhwah membeli meja terpaksa ditolak di saat-saat terakhir kerana limpahan peserta.


 Alhamdulillah, ALLAH telah mudahkan usaha ini..

Thursday, 2 August 2012

MIPHC (5 Ogos 2012) - Promosi

Assalamualaikum ...

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang...
adakah anda akan hadir meraikan Saudara-saudara Baru kita di majlis ini?
Alhamdulillah! Kami menanti kedatangan anda di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang...

Jauh?

Takpa....bantulah kami meraikan mereka..dengan memberi sumbangan anda untuk kami laksanakan program-program membangun dan memperkasakan keIslaman mereka...ayuh bantu kami...

Saksikan video  ini...mengapa kita perlu membantu mereka?mengapa ANDA juga perlu membantu mereka?

Sunday, 15 July 2012

MIPHC kali ke 3 (5 Ogos 2012)

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang (2012)

Jom menderma untuk saham akhirat.

 

Hidayah Centre Pulau Pinang brings you :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...