Friday, 14 December 2012

Public Talk : The Signs of Creator (8 Dis 2012) - Laporan


Alhamdulillah dengan izinNya telah selesai Public Talk pada 8 Disember 2012 di dewan kuliah-D USM Pulau Pinang dengan tajuk pilihan penceramah sendiri , “The Signs of Creator”. Acara  bermula pada 2.30 petang dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah Al-Anbiya ayat 30-35 oleh seorang Qari remaja, Abdul Wafi dan sedikit tayangan montaj tentang aktiviti-aktiviti Hidayah Centre Pulau Pinang sepanjang tahun. Brother Jay telah mengupas ciptaan-ciptaan  Allah di langit dan di bumi yang menunjukkan bahawa wujudnya Pencipta yang satu iaitu Allah Azza wa Jal. Kupasan kebanyakannya melalui sains alam dan manusia menyentuh perbandingan manusia yang kerdil dengan bintang-bintang di Galaksi Bima Sakti, dan kejadian manusia. Disertakan juga ayat-ayat Al-Quran yang menyebut tentang fenomena-fenomena tersebut menunjukkan Rasulullah tidak mereka-reka cerita, sebaliknya apa yang diceritakan adalah wahyu dari Allah, Tuhan yang Maha  Mengetahui.



Seramai 80 hadirin terdiri dari kalangan pelajar dan pensyarah USM, ahli IKRAM, serta orang awam. Lima dari pelajar USM adalah pelajar luar negara dari Thailand. Program juga dihadiri seorang wanita Cina belum Islam dan seorang pensyarah India beragama Hindu iaitu Encik Manu. Ini adalah Public Talk kedua dihadiri oleh Pensyarah tersebut yang datang dengan persoalan yang sama tentang ketuhanan. Keseluruhan program berjalan lancar dan diakhiri dengan slot soal jawab dan tamat tepat 5.30 petang seperti yang diaturkan.


Faktor tarikh dan tempat program mungkin menjadi penyebab kurangnya penyertaan untuk Public Talk kali ini. Walau bagaimanapun semua hadirin berpuas hati dengan pengisian multimedia Brother Jay yang lengkap dengan sistem bunyi  yang mantap. Rata-rata peserta memberikan respon yang positif dan tersentuh hati dengan topik  yang disampaikan sehinggakan ada yang bertanya, “setelah kita mengetahui semua kebenaran dan petunjuk-petunjuk ini, bagaimana caranya kita nak menyampaikannya kepada golongan yang tidak mempercayai tanda-tanda ini (the unbelievers)?”


Akhir kata Jazakumullahukhairan Kathiro diucapkan kepada semua AJK HCPP dan IKRAM, wakil PMI, wakil Ikramsiswa, wakil Majlis Mahasiswa Bertindak USM dan rakan-rakan Hidayah Centre serta sukarelawan yang menjayakan program ini. Gambar dilampirkan di bawah.

bergambar selepas program..

ole-ole dari HC Penang utk speaker dan tetamu dari Johor.. :)


Puan Emcee yang petah bercakap...


sokongan YDP IKRAM Pulau Pinang amatlah dihargai.. jzkk..


No comments:

Post a Comment

HCPP welcomed all your feedback and comments? Anything to say? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...