Alhamdulillah
dengan izinNya telah selesai Public Talk pada 8 Disember 2012 di dewan kuliah-D
USM Pulau Pinang dengan tajuk pilihan penceramah sendiri , “The Signs of
Creator”. Acara bermula pada 2.30 petang dengan bacaan ayat-ayat suci
Al-Quran dari surah Al-Anbiya ayat 30-35 oleh seorang Qari remaja, Abdul Wafi
dan sedikit tayangan montaj tentang aktiviti-aktiviti Hidayah Centre Pulau
Pinang sepanjang tahun. Brother Jay telah mengupas ciptaan-ciptaan Allah
di langit dan di bumi yang menunjukkan bahawa wujudnya Pencipta yang satu iaitu
Allah Azza wa Jal. Kupasan kebanyakannya melalui sains alam dan manusia
menyentuh perbandingan manusia yang kerdil dengan bintang-bintang di Galaksi
Bima Sakti, dan kejadian manusia. Disertakan juga ayat-ayat Al-Quran yang menyebut
tentang fenomena-fenomena tersebut menunjukkan Rasulullah tidak mereka-reka
cerita, sebaliknya apa yang diceritakan adalah wahyu dari Allah, Tuhan yang
Maha Mengetahui.