Saturday, 20 January 2018

Pameran HCFPP di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (20-21 Jan 2018)

Assalamualaikum,

Pameran Hidayah Centre Foundation sedang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. Pameran ini diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang bersempena dengan program yang diadakan di situ. Sukarelawan terdiri daripada pelbagai latar belakang telah hadir dan menjaga pameran berkenaan. Terdapat segelintir daripada mereka tidak pernah tahu tentang kami. Alhamdulillah pameran tersebut dapat memperkenalkan kepada lebih ramai masyarakat muda khususnya pelajar-pelajar tentang kewujudan HCFPP dan aktiviti yang kami jalankan.


Berikut dilampirkan gambar pameran. Pendaftaran menjadi Rakan HCFPP juga amat memberansangkan. Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menjemput kami membuka booth di tempat anda, kami amat berbesar hati menerima. Hubungi wakil kami untuk maklumat lanjut. Semoga Allah memberkati amalan kita semua.

para sukarelawan yang terlibat.







Jazakallah khair kathir kepada semua sukarelawan yang terlibat menjayakan pameran kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.

Sunday, 1 October 2017

Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM 1)




DAKWAH TRAINING

Khas untuk anda warga Pulau Pinang!!

Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) Fasa 1


-Bagaimana dikatakan Islam ini rahmat untuk setiap manusia?
- Adakah cara untuk menerangkan keindahan Islam dengan mudah?
- Ingin mengetahui cara menyebarkan keharmonian di kalangan kepelbagaian kaum?

Apa tunggu lagi? JOM SERTAI SEMINAR INI!!

TARIKH: 7 & 8 Oktober 2017 (Sabtu&Ahad)
MASA: 9.00 pagi - 5.00 petang
TEMPAT: Dewan Kuliah X , USM Pulau Pinang
YURAN: RM 20.00 (Pelajar & Rakan HCFPP) RM 40.00 (Awam)

 TOPIK  PERBINCANGAN:
1. Kewajipan Dakwah
2. Memahami Asas Masyarakat Cina
3. Memahami Asas Masyarakat Kristian
4. Memahami Asas Masyarakat Hindu
5. Teknik Dakwah
6. Bagaimana Menyampaikan Islam Secara Mudah
7. Salah Tanggapan Terhadap Islam
8. Street Dakwah

Sijil Penyertaan, Nota Seminar, & Makanan disediakan.

Jom kenali lebih dekat pendakwah bebas yang mantap& berpengalaman:
1. Prof. Dr Md Roslan Hashim
2. Haji Mohd Yusni Ghazali​
3. Bro Hafiz Rahman​
4. Bro Asyraf Tan​
5. Bro Khaw Lek Ming​
6. Bro Muhammad Azran Chan​
7. Bro  Azley Stanley-myikut​
8. Bro Sirajuddin

Lokasi : https://goo.gl/maps/r2DgrfBe4jE2
GPS: 5.356250, 100.298177

Daftar di : http://bit.ly/2wcw4Wl (Bayar pada hari program)

Hubungi kami untuk menempah tiket atau sebarang pertanyaan : Syahmi 0134393115 / Nashrah 0136429807

Dapatkan tiket anda SEKARANG sebelum tempat penuh!

"Come & join us sharing Islam with the world!"



Wednesday, 24 May 2017

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang (MIPHC 2017)

" Tajaan berbuka puasa untuk Saudara Baru serta sumbangan untuk aktiviti dakwah dan pembangunan Saudara Baru."



Majlis Iftar Hidayah Centre Pulau Pinang kembali lagi buat kali ke8!


Marilah menyumbang  & meraikan Muallaf dan keluarga mereka di majlis berbuka puasa anjuran Hidayah Centre Foundation cawangan Pulau Pinang. Butiran majlis seperti berikut  :


Program: Majlis Iftar Perdana HCFPP  2017

Tarikh : 10 Jun 2017
Masa : 5.00 ptg  - 10.30 mlm
Tempat : Dewan Mutiara , Kompleks Tabung Haji , Bayan Baru Pulau Pinang.

Sukarelawan diperlukan :)

Bagaimana anda boleh membantu?
1. Menjadi sukarelawan Donation Drive dan Muallaf Sharing kami
2. Membantu HCFPP menjual tiket MIPHC
3. Membantu mempromosikan MIPHC kepada masyarakat
4. Menjadi sukarelawan membantu pada hari program kami.

Sebarkan!

Sekiranya anda ingin menempah kerusi / meja atau menaja Muallaf berbuka puasa, sila hubungi nombor yang tertera pada poster di atas.. :)


" Saudara Baru , Amanah Bersama "

Thursday, 10 November 2016

Pengurusan Muallaf - Revert Care & Answering Misconception (12 - 13 Nov 2016)

Assalamualaikum, Pada hujung minggu ini akan diadakan satu kursus bertajuk 'Revert Care & Answering Misconception yang akan disampaikan oleh Saudara Lim Jooi Soon.

Berikut adalah poster program berkenaan.
  • 12 - 13 Nov 2016 (Sabtu&Ahad) 
  • 8 pagi - 5 petang
  • Di Pejabat HCPP, Sg Nibong ( https://goo.gl/maps/sREgKP75qFR2)
    Dikendalikan dalam Bahasa Melayu
  • Terbuka kepada Semua Yang Mengajar/Membimbing Muallaf :wink:  
  • Segera daftar kehadiran anda ke 013 403 2187. Yuran adalah percuma.
  • Makan pagi &tengahari disediakan
Revert Care & Answering Misconception Pada 12 - 13 Nov 2016

Friday, 7 October 2016

Kursus Pengurusan Muallaf (Fardu Ain) [8-9 Okt 2016]

Assalamualaikum,

Nak belajar skil untuk membuktikan Islam milik Allah dan Al-Quran kalam Allah? Jom sertai Kursus Pengurusan Muallaf demi pemantapan ilmu untuk jadi seorang Khalifah Allah dan bekalan untuk membimbing anak2 sendiri serta golongan muallaf yang ada potensi untuk murtad.


Ayat yang paling utama yang akan disebut oleh Bro Lim dalam kursus ni adalah:
Keterangan wujud apabila lenyapnya keraguan - THE TRUTH APPEARS IN THE ABSENCE OF DOUBTS.

Kita akan belajar cara pembuktian untuk kuatkan iman kita dan pemahaman agama kita supaya keluar daripada pengamalan agama cara warisan (zon selesa kita).

Friday, 16 September 2016

Kenali 4 Orang Penceramah DDMM Fasa 1 (2016)

Assalamualaikum,


Untuk makluman semua, Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (Fasa 1) akan diadakan seperti berikut :


Untuk mengenali dengan lebih lanjut siapakah Akhi Wan Am, Bro Khaw, Bro Jaysuman, dan Cikgu Kamarulzaman ini, teruskan membaca dibawah.

Tuesday, 6 September 2016

Pesta Tanglung (15 Sep 2016)

Assalamualaikum,

TANGLUNG merupakan sejenis bekas yang digunakan untuk melindungi lilin daripada tiupan angin, sama ada ketika berjalan pada waktu malam ataupun digantung di halaman rumah. Ia berfungsi sebagai lampu sebelum adanya kuasa elektrik. Tanglung digunakan sejak 250 tahun sebelum Masihi lagi. Maka, ia mempunyai sejarah lebih dari 2,000 tahun.

Pesta tanglung, atau dikenali sebagai Mid-Autumn Festival (Pesta Pertengahan Musim Luruh), disambut pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 kalendar Lunar ketika bulan sedang mengambang

Pestang Tanglung HCPP disambut pada 2014

Pesta ini disambut dengan menyalakan pelbagai jenis tanglung yang berwarna-warni, mengambil gambar beramai-ramai, beramah-mesra dengan masyarakat, serta dapat menikmati kuih bulan. Perayaan ini tidak lengkap tanpa kuih bulan iaitu sejenis pastri tradisional yang berintikan pes kacang merah, biji teratai dan kuning telur masin. Di zaman moden ini, terdapat pelbagai perisa inti kuih bulan yang menarik seperti cokelat, kopi, keladi, teh hijau, mangga bahkan durian. Bentuk kuih bulan yang bulat adalah simbolik kepada keharmonian sekeluarga.

Thursday, 1 September 2016

Kenali Dakwah

Assalamualaikum,

Mari berkenalan dengan lebih dekat tentang dakwah. Sumber diadaptasi daripada Muzakarah Dakwah lepas.

Antara Tugas Pendakwah: 
  1. Membantu urusan pengislaman di Negeri / Daerah. Bawa ke Pejabat Agama.
  2. Menjalankan follow-up Saudara Baru selepas pengislaman.
  3. Memastikan Saudara Baru mengikuti kelas.
Siapa Kita?

  • Lebih dari hanya sebuah organisasi. Kita adalah keluarga dakwah.
  • Daieyan ilallah yang menerangi dan menjadi sumber inspirasi diantara satu sama lain.
  • Saling mendoakan kejayaan dan mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya sendiri.
  • Kita mungkin ada banyak kelemahan tetapi kita tampung dengan rahmat dan kasih sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...