Sunday 21 August 2016

Doa-Doa Harian / 日常生活里的祷告

Assalamualaikum.

Berikut dikongsikan 9 buah doa-doa harian beserta terjemahan dalam Mandarin untuk bacaan semua . Tak kira anda Muslim atau Non-Muslim, anda boleh mengamalkan doa ini. Namun begitu untuk pengetahuan pembaca, hanya beberapa doa yang disenaraikan ini adalah daripada Hadis / Quran. Doa yang tidak bersumber daripada Hadis/Quran yang sahih masih boleh diamalkan. Senarai doa ini hanyalah sebagai permulaan asas untuk anda belajar. Selepas ini, jom 'upgrade' lagi doa kita.

Apa yang anda faham tentang D.O.A.? Jom fahami dengan lebih jelas.
  • Doa bermaksud permohonan dan merupakan salah 1 ibadah kepada Allah (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih).
  • Doa boleh dibaca dalam pelbagai bahasa asalkan anda memahami apa yang disebutkan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa.  
Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
  • Dalam masyarakat kita, banyak doa yang dicipta oleh manusia sendiri.
  • Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak doa yang diajar daripada Rasulullah s.a.w. . Antara sumber doa yang boleh anda lihat ialah seperti disebut di dalam al-Quran dimana Para Nabi berdoa kepada Allah memohon.
  • Waktu yang mustajab untuk berdoa ialah berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam.
Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).
Jadi disini, doa yang diambil daripada al-Quran juga akan disenaraikan untuk panduan kita bersama. Selamat beramal!


Berikut adalah doa dalam Mandarin.


1. Doa Sebelum Makan (饭前的祷告)


阿拉 哼马 巴立克 拉拿 菲马 咯杀克 打拿 Allah Humma Barik Lana Fima Razak Tana 哇起拿 啊沙班拿 Waqina Azzabanar

(意:安拉阿!你所赐于的衣食,求您全美之和保护我们免受火狱之苦)
NOTA : Doa makan ini adalah Hadis Dhoif karena dalam perawinya ada yang bernama Muhammad bin Abi az-Za’iza’ah yang dinilai munkarul hadits oleh Abu Hatim. Yang Sahihnya ialah dengan membaca Basmallah sebelum mula makan.

2. Doa Selepas Makan (饭后的祷告)


阿暗度里拉 喜拉西 阿 阿妈拿 哇 沙果拿 哇加 阿拉拿 米纳 穆斯里民 Alhamdulilah Hillazi At Amana Wa Saqona Waja Alana Minal Muslimin

(意:感赞安拉赐予全美饮食和我们成为归信伊斯兰的人)

3. Doa Masuk Tandas (左脚踏入厕所的 祷告)

阿拉 哼马 音你 阿屋书比咖 米纳 库布西 哇 库巴义士 Allah Humma Inni A’Uzubika Minal Khubusi Wa Khobaiis

(意:安拉阿!求你让我免受恶魔男女之遇害)- 左脚踏入

4. Doa Keluar Tandas (右脚踏出厕所的祷告)

阿暗度里拉 喜拉西 阿莎哈巴 安尼 阿莎 哇 阿 发你 Alhamdulilah Hillazi Azhaba Annil Azza Wa Aa Fani

(意: 安拉阿!感赞全归你,使我痊愈疾病恢复健康的主宰)-右脚踏出

5. Doa Sebelum Tidur(睡前的祷告)

阿拉 哼马 必士米咖 阿亚 哇 阿母度 Allah Humma Bismika Ahya Wa Amutu

(意:奉至任至慈安拉之名 ,我们的生,我们的死亡全是为了您)

6. Doa Bangun Tidur (睡醒的祷告)

阿暗度里拉 喜拉西 阿亚拿 拔大马 阿马大拿 哇 义拉音努书 Alhamdulilah Hillazi Ahyana Ba’DaMa Ama Tana Wa Illaihinnusyur

(意:感赞全归安拉,使我生与死的主宰,最后还是归回你的)

7. Doa Lihat Cermin (照镜子时念的祷告)


阿拉 哼马 哈新 库路基 哇 妈 哈士山大 库路基 Allah Humma Hasin Khuluqi Wa Ma Hassanta Khuluqi

(意: 安拉阿!求您赐予我有美丽的容颜,由此,求您赐予我有完美的品德)

8. Doa Naik Kenderaan ( 上交通工具时的祷告)

舒把哈拿啦西 杀国罗 拉拿 哈沙 哇吗 困拿 拉呼 穆可里林 Subahanallazi Sakhoro Lana Haza Wama Kunna Lahu Mukrinin 哇 音拿 伊拉 落比拿 拉 濛 国里捕(n) Wa Inna Illa Rabbina La Mun Qolibun

(意: 至圣洁的安啦,让我能乘此车,我们根本无能力驾驶,若不是你的权利指使, 最后我们终归回你的)
NOTA : Bacaan ini diambil daripada Quran, Surah Zuhruf (43:13-14)

9. Doa Keluar Rumah (出家里门口的祷告)

必士米拉 喜 打哇咖 土 阿 老罗 哇啦 豪拉 哇啦 苦娃大 伊拉 Bismillah Hi Tawakkal Tu Aa Lallah Wala Haula Wala Quwata Illa 比拉 喜 阿里义 阿心 Billa Hil A‘liyil Azim

(意:奉安拉尊名开始,我全部托靠于你,安拉阿!实在的,我在你保护下,不会速途自误或 精神错乱和犯刑事)
NOTA : Diriwayatkan oleh Abu Dawud, At-Tirmdzy, dan Ibnu Hibban. Sanad. terputus

Sumber ini diambil daripada Muallaf Rawang.

Doa daripada al-Quran :

(Mumtahanah 60 : 4-5)
رَّ‌بَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ‌  . رَ‌بَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُ‌وا وَاغْفِرْ‌ لَنَا رَ‌بَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Eng : Our Lord, upon You we have relied, and to You we have returned, and to You is the destination. Our Lord, make us not [objects of] torment for the disbelievers and forgive us, our Lord. Indeed, it is You who is the Exalted in Might, the Wise.
Malay : Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

(Syu'ara :83)
رَ‌بِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Eng : My Lord, grant me authority and join me with the righteous.
Malay : Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

( HR Nasa'i, al-Bazzar, Hakim dari Anas bin Malik. Status : Hassan) 
يَاحَيُّ يَاقَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ اَسْتَغِيْث أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كَلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِني اِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ 
Malay : Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, Perbaikilah untukku urusanku semuanya, dan janganlah Engkau serahkan kepada diriku sendiri walau sekelip mata.

Bacaan Surah tiga Qul sebanyak tiga pula digalakkan dibaca sebelum tidur.

Selamat beramal! Semoga Allah menerima dan memberkati segala amalan kita.

Sekiranya terdapat kesalahan, mohon maklum kepada kami. Terima kasih. Thank you. Xiexie. Kamsiah.

No comments:

Post a Comment

HCPP welcomed all your feedback and comments? Anything to say? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...