Tuesday 7 August 2012

MIPHC (5 Ogos 2012) - Laporan

Salam,

Alhamdulillah syukur pada Allah Ta'ala program MIPHC-3 PP telah dapat dijayakan dengan lancar.  Terimakasih kepada semua AJK HCPP, urusetia program, AJKN Ikram PP, ahli-ahli IKRAM semua daerah di PP iaitu TL, BD, SPT, SPU dan SPS, semua penyumbang, sukarelawan, barisan penalis, barisan AJK dakwah pusat, darul hidayah serta banyak lagi pihak yang tak tertulis di sini.

Program telah dihadiri oleh hampir 570 orang yang disertai oleh hampir 180 orang muallaf bersama keluarga.  Rakan NGO iaitu Institut IQ serta Kelab Kakitangan Hospital.  Meja-meja penuh dan terpaksa ditambah di saat-saat terakhir.  Permintaan untuk ikhwah membeli meja terpaksa ditolak di saat-saat terakhir kerana limpahan peserta.


 Alhamdulillah, ALLAH telah mudahkan usaha ini..

Thursday 2 August 2012

MIPHC (5 Ogos 2012) - Promosi

Assalamualaikum ...

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang...
adakah anda akan hadir meraikan Saudara-saudara Baru kita di majlis ini?
Alhamdulillah! Kami menanti kedatangan anda di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang...

Jauh?

Takpa....bantulah kami meraikan mereka..dengan memberi sumbangan anda untuk kami laksanakan program-program membangun dan memperkasakan keIslaman mereka...ayuh bantu kami...

Saksikan video  ini...mengapa kita perlu membantu mereka?mengapa ANDA juga perlu membantu mereka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...