Laporan bergambar Majlis Korban HCPP bersama Saudara Baru 1433 H/ 28
Oktober 2012
Alhamdulillah dengan izin ALLAH
telah berlangsungnya Majlis Korban Hidayah Centre Pulau Pinang bersama Saudara
Muslim kita dengan dua ekor lembu telah dikorbankan di majlis ini. Majlis
diadakan di perkarangan rumah Tn Hj Mohd Taufek Abd Rahman YDP JIM Negeri Pulau
Pinang bermula 7.30 pagi hingga 2.30 petang.
Penghargaan kepada program Qurban Kasih Ummah anjuran IKRAM yang menyumbangkan seekor lembu, manakala seekor lagi korban seorang rakan kilang Agilent (rakan HCPP) yang selalu meyokong program-program HCPP dan seorang Saudara Baru.
Penghargaan kepada program Qurban Kasih Ummah anjuran IKRAM yang menyumbangkan seekor lembu, manakala seekor lagi korban seorang rakan kilang Agilent (rakan HCPP) yang selalu meyokong program-program HCPP dan seorang Saudara Baru.
Semua yang terlibat dari awal pagi hingga petang adalah JK HCPP dan keluarga,rakan HCPP, warga IKRAM PP, barisan sayap wanita PP, sukarelawan terdiri daripada saudara baru dari Nepal, Filipina dan orang asli saudara-saudara baru pelbagai bangsa, dan chef dari restoran Cina. Turut diraikan tetamu khas dari Hidayah Centre Pusat (Subang Jaya) yang balik kampung sambil menziarahi keluarga beliau yang kemalangan. Turut membantu Tuan Haji Rashid Hasnon ahli MPPP merangkap ahli IKRAM, akhi Isahak SU IKRAM PP kedua-duanya memberi Tazkirah dan pengisian yang menarik semasa program berlangsung. Seramai lebih kurang 10 orang penduduk kampung turun padang walaupun program ini bertembung dengan program Korban lain di kawasan Sungai Nibong (Masjid Sungai Nibong).
Alhamdulillah program berlangsung
dengan baik dengan penyertaan lebih daripada 70 orang dan penglibatan lebih
daripada 15 orang saudara baru. Kesemua yang hadir turut sama membantu hingga
selesai program. Pihak lelaki diberi tugas menyembelih, melapah, mengagihkan
daging dan membersihkan tapak sembelihan. Kaum hawa pula bertugas menyiapkan
sarapan,menyediakan bahan-bahan masakan dan memasak serta membancuh air
minuman.
Antara menu yang dimasak adalah
sup gearbox, daging masak kicap, daging air asam dan kerabu timun. Proses memasak selesai lebih
kurang pada 1.15 pm dan diteruskan dengan solat zohor berjemaah. Alhamdulillah syukur kerana pejabat
HCPP hanya bersebelahan tapak sembelihan memudahkan semua membersihkan diri dan
berwuduk untuk solat zohor. Tetamu dan JK menjamu selera selepas solat. Daging korban
diagihkan kepada saudara baru, yang
hadir serta fakir miskin oleh Tuan Hj Rashid Hasnon.
Masak memasak...
Walaupun suasana korban meriah di
majlis ini beberapa JK termasuk pengerusi HCPP tidak melepaskan ‘peluang’
dakwah dan menasihati saudara baru-yang hadir, pantang ada masa senggang
walaupun sekejap pasti akan diisi dengan sembang-sembang santai bersama Saudara
Baru yang hadir. Mereka juga tidak kelihatan kekok menguruskan lembu yang telah
dikorbankan. Tak kurang juga saudara baru yang tunjuk bakat memasak dalam kuali dan periuk besar dari mula sampai
habis masak, dibantu oleh akhawat yang ‘bertugas’. Hasilnya pun mantap,
walaupun kekurangan bahan-bahan masak sampingan…Alhamdulillah, sedap dan cukup
rasa semuanya.
Alhamdulillah....sayangnya tak dapat nak merasa masakan tu....
ReplyDeleteGolden Rose : jazakallah membantu..tahun depan ikut lagi...anyway, lauk semua marvellous!:)
ReplyDelete